Image, www.digg.com
Pemergian Allahyarham King Ghaz, Tun Ghazali Shafie pada 21 Januari baru-baru ini adalah suatu kehilangan besar kepada negara, terutamanya bagi dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa khususnya. Beberapa kenalan rapat Allahyarham - seperti (TS) Razali Ismail dan (TS) Kadir - serta orang-orang yang sangat mememahami personaliti dan kepemimpinan Allahyarham - seperti (Datuk) Salehuddin dan (Datuk) Yusof - memberikan pelbagai maklumat yang menarik mengenai gaya kepemimpinan Allahyarham selama memegang beberapa jawatan semasa hayat beliau sewaktu kami berkumpul untuk apa-apa tujuan terutamanya ketika menikmati jamuan teh selepas mesyuarat misalnya.
Kami mengusulkan untuk mengadakan majlis khusus - "Tun Ghazali Shafie dalam Kenangan" - dalam waktu terdekat ini. Awalnya, pagi kelmarin sewaktu bersembang di pintu masuk pejabat, (Datuk) Ramlah Adam menyebut untuk mengadakan majlis hanya sesama kami - berdua atau bertiga sebagai panel - dan tumpukan kepada tema khusus mengikut bidang. Bagaimana pun, selepas memikirkan fakta bahawa Allahyarham pernah mempunyai ikatan yang sangat rapat dengan universiti ini sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, idea itu perlu dikembangkan dengan lebih luas.
Bermula di Shah Alam, majlis itu mungkin sewajarnya dipanjangkan langsung ke tempat-tempat lain sehingga meliputi Sabah dan Sarawak. Kemuncaknya, mungkin dapat dibukukan sesuatu dalam bentuk memoir misalnya? Mungkin lebih menarik jika ahli-ahli panelnya melibatkan tokoh-tokoh yang kini sudah bertaraf mentor, seperti Dollah Kok Lanas, TS Razali, Pak Lah atau Tun Musa Hitam misalnya?