MASA
Image, http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:aLt4JwEutGqk2M
Seminggu berlalu. Seingat saya, tujuh hari itu dihabiskan kepada urusan-urusan pentadbiran. Dua daripadanya ditumpukan kepada isu-isu dalaman. Kami perlu berulang-alik ke atas dan kembali ke bawah. Pada kedua-dua hari itu kami perlu berada di pejabat itu seawal pukul 7 pagi. Saya tidak melihatnya sebagai masalah kepada diri saya sendiri. Ia tidak berlangsung dengan begitu baik. Saya fikir mungkin ada terlalu banyak unsur yang tidak dijangka. Barangkali juga kehadiran saya tidak kena pada masanya walau pun saya keberatan pada awalnya untuk turut berada di situ.
Namun ianya tidaklah seburuk itu. Saya berkesempatan bertemu beberapa sahabat lama - Beap (dia kelihatan begitu sibuk mengatur urus susun-letak pasu-pasu bunga hiasan di pejabat besar itu); Mail (kelihatannya masih gelisah); Ramona (dia agak gugup dan terpinga-pinga untuk seketika); Zaidi (sebagaimana Mail); Zai (sedang sibuk mengemas di pejabatnya); dan Roza (terkejar-kejar ke sana dan ke mari). Beap sempat mengatakan sesuatu kepada saya dengan isyarat tangan yang sempat saya baca dengan tangkas. Namun saya cuma membalas dengan gelengan kepala setakat dua-tiga kali. Saya berteka-teki sebenarnya. Kemudian, berbicara seketika dengan bos sebelum saya memohon diri untuk ke acara seterusnya di bawah. Kami sempat singgah di kedai mamak berdekatan untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke mesyuarat yang sudah sampai waktunya. Saya memberikan taklimat dan penjelasan sepenuhnya. (aroma tosei bawang yang saya nikmati pagi tadi masih mengudara sekali-sekala tatkala tangan saya berdekatan dengan hidung!).
WAJAH-WAJAH YANG PERNAH DILIHAT
Saya di kedai buku/majalah kegemaran saya di uptown pada suatu malam kira-kira dua malam lepas. Agak malang, buku yang dicari tidak ada pada waktu itu. Lalu menghabiskan masa seketika membelek-belek majalah-majalah yang tersusun bertingkat-tingkat di situ. Di sebelah saya, seorang lelaki metro sedang asyik meneliti satu halaman majalah International Business.
Saya kenal wajah itu, "Jay Jay...", bisik hati kecil saya.
Sedang asyik, tiba-tiba dua susuk tubuh melintas perlahan di hadapan.
"Ayin, Ayong...", sapa saya.
Ayong tergelak besar tatkala perasan bahawa saya yang menyapa mereka. Kami berbual seketika sebelum masing-masing memohon pergi. Sempat juga saya berbual seketika dengan Ayin sewaktu di kaunter pembayaran manakala Ayong masih tercari-cari sesuatu di rak yang agak jauh.
"Pasangan yang cocok..."
http://farm3.static.flickr.com/2391/1928742567_d1575fb020.jpg
Melihat diari, memang jelas minggu hadapan - dan itu bermula esok - menyediakan jadual yang sangat padat. dengan fikiran masih lagi dibelenggu dengan kursus jangka pendek Penn-State University di Hotel PJ Hilton, cara-acara temuduga (skim pensyarah muda) dan bengkel Perancangan di Selatan Perak mengisi keseluruhan minggu ini. Dalam disiplin Pengurusan Perubahan, Lewin ada menyebut dan menjelaskan mengenai "Freeze, Unfreeze, Freeze"...
Melihat diari, memang jelas minggu hadapan - dan itu bermula esok - menyediakan jadual yang sangat padat. dengan fikiran masih lagi dibelenggu dengan kursus jangka pendek Penn-State University di Hotel PJ Hilton, cara-acara temuduga (skim pensyarah muda) dan bengkel Perancangan di Selatan Perak mengisi keseluruhan minggu ini. Dalam disiplin Pengurusan Perubahan, Lewin ada menyebut dan menjelaskan mengenai "Freeze, Unfreeze, Freeze"...
Ertinya, memang tidak akan ada kesudahannya.