Image, from: axe_vin flickr.com
1. "Dr. Nash ceria sahaja akhir-akhir ini? Ada apa-apa ke?" Nurul menyoal saya awal petang tadi sewaktu saya melewati pejabat pentadbiran. Zu dan Nisa, yang kedua-dua mereka berada di ruang kerja masing-masing turut mencelah di mana boleh.
2. Seharian di pejabat memberikan kesempatan kepada saya untuk memikir dan kemudian mencatat apa-apa sahaja yang barangkali saya boleh jadikan renungan pada masa hadapan. Dari sudut pengurusan, ini dipanggil impersonification, apabila seorang pengurus menggunakan sifat-sifat peribadinya yang sebenar dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-orang lain. Ada juga beberapa perspektif lain yang mengaitkan dengan perilaku memakai pelbagai 'topi' atau 'topeng' untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan keperluan lain. Lalu timbullah 'thinking cap' dan seumpamanya.
3. Saya fikir semuanya semestinya ada masa yang sesuai dan wajar untuk berbuat demikian. Apa pun, senyuman adalah sedekah.