Monday, March 12, 2007

Akal Budi 90 - Harga & makna kesejahteraan



Sudah beberapa minggu kebanyakan media utama tidak henti-henti melaporkan hal-hal mengenai kehebatan dan keupayaan pentadbiran kewangan negara yang secara langsung didakwa melimpahkan kesejahteraan kepada ekonomi negara. Statistik yang diperihalkan sangat mengagumkan.
Mungkin lebih kena dan sesuai pada fungsi media sendiri untuk turut melaporkan:
- sentimen umum rakyat mengenai limpahan kesejahteraan hasil daripada kehebatan pencapaian ekonomi negara yang dapat dikecapi langsung oleh rakyat keseluruhannya;
- sentimen pasaran mengenai pantulan kesejahteraan ekonomi kepada petunjuk jualan produk;
dan
- sentimen umum rakyat mengenai kuasa beli sebenar semasa.
Kanak-kanak hanya tahu mulut mereka disuap dengan makanan; enak atau tidak hanya ibu-ibu mereka yang mengetahuinya!