Sunday, March 25, 2007

Bahtera Merdeka

Menyaksikan konsert Bahtera Merdeka Ahmad Jais (Datuk) malam tadi mendorong saya untuk memikir apa sebenarnya yang membezakan kualiti suara dan kemahiran lenggok patah-patah lagu antara penyanyi-penyanyi dahulu - tahun 80an ke bawah - dengan penyanyi lewat hasilan Bintang RTM tahun 1979, lebih-lebih lagi produk segera keluaran tv realiti.


Ahmad Jais sudah terlalu lama menyanyi. Sudah 46 tahun beliau terlibat dalam rakaman suara. Namun nyanyian beliau pada konsert malam tadi - melalui lagu-lagu Di Ambang Sore, Bahtera Meredeka, Umpan Jinak di Air Tenang, Gelisah, Kucupan Azimat, Lambaran Terakhir, Budi Setahun Segunung Intan, Harapan Kecewa, Inang Kayangan, Sri Banang dan Kini Hatiku Sudah Tertawan - yang sarat dengan tanda-tanda kawalan suara yang hebat dan tenaga serta nafas yang berpanjangan semakin jelas menjarakkan antara beliau dengan penyanyi-penyanyi sekarang.



Kehebatan itu - meskipun pada kunci ketinggian suara 'middle c' - dengan jelas membezakan antara beliau dengan penyanyi-penyanyi sekarang.