Tuesday, March 20, 2007

Akal Budi 93 - Mengusai harapan

Hargai semua deria

Mempercayai tanggapan mengukuhkan pendirian. Menekuni pendirian mencetuskan keputusan yang dizahirkan melalui tindakan. Tidak pernahkah walau sekali pun kita berasa bahawa tanggapan yang ditancapkan itu dikaburi oleh amarah yang meraja dan melela? Tidakkah, pada sesuatu masa, kita berasa kita benar-benar tercegat di persimpangan, mengambil masa untuk memilih deria mana yang membenarkan keputusan yang kita tentukan? Bukankah, pada sepanjang masa, kita diasuh untuk melihat sekeliling, merenung dan memikir betapa bukan semua yang indah di mata itu menjanjikan kebaikan yang berpanjangan dan mengekal sepanjang hayat? Lalu, lupa sudahkah kita bahawa apa yang dicetuskan itu sebenarnya bukanlah hamburan kudrat kita sepenuhnya kerana ia sememangnya sudah tertulis dan dibenarkan dengan pelbagai ingatan yang sayangnya jarang melekat di kalbu?


Sudah terbukti, selalunya diam itu sebenarnya lebih baik walaupun ia mungkin berlegar-legar dalam hingar dan kebisingan.