Menghabiskan masa seharian di pejabat, petang itu - 19 haribulan - terus ke UiTM Melaka bersama-sama Zul, Timbalan Dekan HEP untuk upacara program kemahasiswaan di kampus Alor Gajah itu. Baru sahaja beberapa hari sebelum itu saya di kampus Bandaraya, bersama-sama delegasi dari ISEAS, Singapore; dan kemudiannya menghabiskan sedikit masa membincagkan beberapa isu bersama-sama (Dato') Dr. Mizan, Pengarah UiTM Melaka.
Dalam perjalanan, singgah sebentar di R&R Seremban; seketika kemudiannya langsung ke Alor Gajah untuk upacara perasmian. Sebaik acara tamat, bergegas pulang ke Shah Alam.
---------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------
Sehari sebelumnya, kami menjadi hos kepada delegasi Prof Adbouh dari Filipina. Wacana akademik yang ditaja oleh INSPAG-UiTM atas isu 'Proses Mengamankan Mindanao" itu tidaklah menggalas terlalu banyak perkara baru, melainkan penetapan strategi masa hadapan berikutan pelantikan Presiden baru Filipina yang dijangka berlangsung pada penghujung Jun nanti.
Penyertaan ramai pakar hubungan antarabangsa, seperti Dato' Syed Ahmad Aidid, Kol (B) Ariffin, Dato' Salehuddin, Dato' Qosim, perwakilan daripada IDFR dan Wisma Putera serta ramai lagi yang tak dapat saya sebut semuanya di sini, menjadikan acara wacana itu agak menark dengan pro dan kontra proses pengamanan yang berlaku dari semasa ke semasa.