Pilu. Itu sahaja yang termampu saya katakan pada ketika ini.
Sehabis kerja lalu langsung ke rumah, pandangan mata ke halaman akhbar
memaparkan pemergian Sam, daripada kumpulan D’ Lloyds kemarin menyebabkan saya cuma
termampu meluahkan ucapan ‘daripada Allah
dia datang dan kepada Allah dia kembali.’
Sam memiliki suara emas. Hampir semua lagu yang dialunkannya
memberi kesan mendalam – Mengapa harus jumpa; Semalam di Malaya; Cinta hampa;
Bunga Nirwana. Namun, secara peribadi, lagu beliau, ‘Pilu’, paling mengesankan.
Bersemadilah dengan aman sejahtera, Sam.