Syawal - pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan - tetap meriah dan bermakna. Saat-saat hening dan terindah solat sunat raya bersama jemaah - termasuk anak-anak lelaki saya - di masjid atau surau, rasanya sudah memadai untuk menyimpul perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan secara terus-terang.
Syawal kelihatannya tipikal - mengenai televisyen, makanan, saudara-mara, tetamu-tetamu lain. Namun, saya tidak ada masalah dengan televisyen walau pun banyak program berkaitan raya disiarkan. Saya tidak begitu menghadap televisyen kecuali saya benar-benar ingin menonton. Saya tidak ada masalah dengan makanan yang pelbagai. Saya percaya saya tahu apa yang saya ingin nikmati. Saya tidak ada masalah dengan kunjungan tetamu tanpa mengira masa dan keadaan. Secara konsisten, saya sentiasa menerima sesiapa juga, lebih-lebih lagi saudara mara.
Saya akan terus menunggu-nunggu kedatangan Syawal.