Monday, November 20, 2006
Akal Budi 65 - Mengenai Bangsa & Bahasa
Friday, November 17, 2006
Akal Budi 64 - Menyanggah Arus Perdana
Monday, November 13, 2006
Akal Budi 63 - Polisi Awam
Friday, November 10, 2006
Akal Budi 62 - Sesudah 50 tahun
Akal Budi 61 - Bangsa & Bahasa
Jadi, apabila Kongres Bahasa VII yang diadakan baru-baru ini di DBP mencetuskan sedikit sentimen yang tertentu - misalnya mengenai pengajaran Sains & Matematik menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah - tentulah ia bersangkutan soal-soal perjuangan melangsungkan hidup Melayu dan meninggikan martabat bangsa Melayu. Banyak pihak yang percaya ini bukan soal perkauman. Ini soal perjuangan yang mana-mana kumpulan manusia di mana-mana tempat sekalipun pasti lindungi dan pertahankan. Ia juga lebih daripada sekadar soal keutamaan dan peningkatan status masyarakat dan negara maju. Di kalangan orang yang bukan industrialis dan oportunis yang hedonistik, global bukanlah suatu sistem. Global adalah soal falsafah dan pendekatan. Dasar-dasar awam yang ditadbir oleh kerajaan tentu sahaja terbuka kepada kekurangan dan lepas pandang di mana-mana. Oleh itu, mana-mana dasar awam terbuka kepada pentafsiran dan penyesuaian semula tanpa mengira masa dan keadaan, selama mana pengubahsuaian itu diperlukan.
Kembali kepada hal bahasa tadi, memanglah jelas bahawa sosiobudaya dan sosiopolitik bahasa memang selalu memerlukan pengubahsuaian untuk kesejahteraan manusia. Bukan sahaja ia perlu untuk orang atau rakyat Malaysia (dan bukannya bangsa Malaysia, kerana tidak ada bangsa Malaysia setakat ini yang direkodkan di muka bumi), malah ia perlu untuk orang-orang luar yang berfikiran dan berfalsafah global menziarahi pemikiran setiap bangsa dan etnik di Malaysia.
Wednesday, November 08, 2006
Akal Budi 60 - Siapa Melayu?
Akal Budi 59 - Indeks Persepsi Rasuah
Tuesday, November 07, 2006
Akal Budi 58 - Bangsa Malaysia II & Ras (Race)
Ras ialah spesis-spesis yang dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan besar yang berlainan biologi mereka. Tapi perbezaan itu pula tidaklah sampai mengasingkan kumpulan-kumpulan itu dari segi kepelbagaian biologi mereka sama sekali. Oleh itu, selalunya keutamaan yang ditekankan, misalnya dalam soal bangsa Malaysia ini adalah pada identiti kumpulan. Wawasan 2020 merujuk bangsa Malaysia itu lebih kepada 'orang-orang Malaysia', sama seperti apabila sesiapapun merujuk orang-orang lain sebagai, misalnya 'orang Perancis' atau 'orang Arab', ataupun malah 'orang Penan', 'orang Melanau' dan seumpamanya.
Oleh itu, bangsa Malaysia - sepertimana Timbalan Perdana Menteri katakan - tidak lebih daripada 'state of mind' - atau 'keadaan minda' yang membayangkan bahawa kita adalah 'orang yang menjadi rakyat Malaysia'. Tidak ada perkiraan kumpulan dari segi kelainan biologi apabila bercakap mengenai 'bangsa Malaysia'. Yang ada cuma, identiti setiap orang yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, jika ingin tahu seseorang itu daripada kumpulan yang mana, perlulah dirujuksilang kepada perincian yang digarisi oleh Perlembagaan. Lalu jadilah seseorang itu ahli sesebuah kumpulan biologi, samada dalam kumpulan besar Bumiputera (Melayu, orang asli dan kumpulan etnik yang diiktiraf sebagai Bumiputera) atau pun 'bukan Bumiputera' (selainnya).
Monday, November 06, 2006
Akal Budi 57 - Bangsa Malaysia
Akal Budi 56 - Keluhan politik
Akal Budi 55 - Saddam Hussein Al-Majid
Akal Budi 54 - Kebetulan politik
Usaha seperti itulah yang kemudiannya menunjukkan bahawa sangatlah salah sekiranya memanipulasi pihak yang ditindas atau tidak berupaya melawan secara adil. Lalu, perkataan-perkataan seperti "man" digunakan untuk "humanity" (menunjukkan penguasaan lelaki ke atas wanita walaupun ia dilapisi oleh kepalsuan 'kemanusiaan'); atau "black" seperti digunakan dalam 'black book' atau 'buku hitam' yang mengandungi senarai nama orang-orang yang dikategori sebagai di bawah perhatian ketua (sebenarnya menunjukkan penguasaan kulit putih ke atas minoriti bukan kulit putih); dan sebagainya. Hari ini, lebih banyak semua perkataan itu digunakan dengan cara 'sangat beradab', seperti "racism"; "sexism"; dan beberapa contoh lain pada masa kini, termasuk dalam bahasa Melayu seperti 'khinzir' ( bukannya 'babi') atau 'warga emas' (bukannya 'orang tua') kerana bimbang ada yang tersinggung hati mereka (adakah generasi muda 'warga perak'?). Semua itu membawa makna yang berbeza-beza.
Penggunaan kata-kata dan ucapan-ucapan politik yang berlapik-lapik seumpama itulah yang terus diamalkan hari ini. Ada banyak sebab kenapa ia terus berlaku. Namun yang utama adalah desakan hedonistik - kecenderungan manusia untuk hanya menyukai dan memiliki sesuatu yang baik dan menyenangkan. Namun ketidakinginan manusia kepada sesuatu yang menjejaskan kesenangan dan keselesaan mereka menyebabkan hal-hal seperti itu tidak difikirkan sama sekali.
Betulkah politik?
Mungkin peribahasa ini - dikumpul dan ditulis oleh Sifu UNIKA-PTS, Ainon Mohd & (Prof Emeritus) Abdullah Hassan dalam buku mereka, Koleksi Terindah Peribahasa Melayu (2003:139) - bagus untuk renungan:
"Semanis-manis gula berpasir jua, sepahit-pahit jadam menjadi ubat"
(Sedap didengar tetapi palsu, tidak sedap didengar tetapi baik)
Sunday, November 05, 2006
Akal Budi 53 - Yang dijemput pulang
Saya juga kehilangan pensyarah saya yang sangat baik hati, Prof Dr Hussain Mohamad (UM) akibat serangan jantung, dua hari lepas.
Kemudian, walaupun agak lewat membaca catatan di blognya, Sifu UNIKA-PTS, Ainon Mohamad, kehilangan ibunya.
Takziah untuk mereka. Yang tinggal, pasti akan menyusul.
“Even memory is not necessary for love. There is a land of the living and a land of the dead and the bridge is love, the only survival, the only meaning.”
(Thornton Wilder)
Friday, November 03, 2006
Akal Budi 52 - Warisan siapa?
Mengunjungi semula tempat yang kira-kira 30 tahun lampau menjadi lubuk permainan sewaktu zaman kanak-kanak membuatkan pemikiran sentiasa berputar. Satu daripada beberapa tempat itu - seperti Batu Hampar, atau Burmese Pool - di kaki Bukit Larut, atau Bukit Maxwell, Taiping, Perak - mencetuskan emosi yang agak panjang. Tidak kurang 30 tahun lampau, kawasan itu menjadi tempat yang menawarkan segalanya, daripada tempat yang menjadi tumpuan untuk hasil-hasil rimba seperti buluh lemang, atau tempat fauna dan flora seperti ulat gonggok yang sebesar lengan anak kecil, sehinggalah kepada sebagai sebuah tempat yang kedinginan airnya diriakkan oleh ikan-ikan batu seperti sebarau, dan udang-udang yang menari-nari lembut di bawah batu-batu besar. Hari ini, Batu Hampar kelihatannya sudah amat hambar. Harga pembangunan terlalu mahal. Entah fikiran siapa yang dilihat terlalu utama sehingga mewajarkan teman-taman perumahan dibina sehingga bercantum rapat dengan rimba-rimba rekreasi. Begitu juga dengan sebuah lagi sungai, dikenal dengan nama Austin, yang melekat dengan Taman Suria, yang dahulunya menjadi sejarah kerana menjadi lokasi perlombongan yang penting di hujung bandar Taiping itu. Gambaran jelasnya adalah seolah-olah bumi sejarah Ngah Ibrahim ini tidak cukup tanah untuk tujuan perumahan lagi.Thursday, November 02, 2006
Akal Budi 51 - Menziarahi semula
Rimba Simbolisme
dengus siapa yang kedengaran
sesat dalam rimba simbolisme
harus barangkali mencari-cari makna
daerah-daerah fikir dan minda
menuju jalan pulang
jangan sembarangan berteriak
meminta tolong
usaha olehmu memintal lelah mengait akal
uraikan pantang keturunan
matikan segala rahsia purba
hidup kan perlu diteruskan juga
bangsa apa lagi seperti kita
yang harus bersusah hati kerana tetangga
ya, mereka sampai bila-bila tetap sama
masih juga dengan hidup berahsia-rahsia
sedang kita tetap juga berpayah-payah
menguis-nguis makna simbolisme
tentang dosa, pahala, setia dan durhaka
semuanya dikendong sejak dahulu kala
dan bila tiba di penghujungnya
kita sama-sama bertanya:
"kenapa kita berbeza, sedang kita adalah sama?"
demikian rimba simbolisme menyesatkan kita
dengan segala makna yang masih tetap rahsia
masihkah juga kita perlu bepura-pura
tetap bahagia dan setia demi mempertahan makna?
(nasrudin mohammed, shah alam, disember 1991 )
Akal Budi 50 - Akademi Kepimpinan
Nota: "Kepimpinan", atau "Kepemimpinan"? Atau, "the art & science of leading or being at the front" atau "the art & science of leadership"? (Jika yang pertama itu, ia menumpukan kepada teknik, kemahiran dan pendekatan. Hal yang kedua itu pula menumpu kepada peribadi yang dipertanggungjawab untuk memimpin).
Meneliti kepada terma rujukan akademi itu, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pengajian Tinggi, teranglah bahawa akademi itu memberatkan soal-soal kemahiran. Antara lain, akademi itu akan menumpukan perhatian kepada pendidikan dan latihan sekurang-kurangnya dalam tiga aspek yang mencakupi latihan kepimpinan, pengendalian latihan pemimpin (TOT) dan penyelidikan kepimpinan.
Pada zaman silam, dalam lingkungan tradisi keilmuan, pemimpin dikenalpasti terlebih dahulu, kemudian barulah diberi peluang untuk memikul tanggungjawab. Apabila tradisi itu berubah- sebahagiannya hasil daripada pemikiran semula sarjana-sarjana Greek dan Barat terhadap peranan dan tanggungjawab pendidikan tinggi sebagai usaha untuk menenggelamkan idealisme pendidikan manusia sebagaimana dihidupkan falsafahnya oleh tradisi pendidikan Al-Azhar khususnya, dan disusul oleh revolusi sektor industri Eropah, maka hari ini spektrum pendidikan diperluas sehingga menyangkut soal-soal yang tidak pernah terfikir sebelum ini, misalnya dalam hal menarafkan institusi-institusi pendidikan tinggi.
Wednesday, November 01, 2006
Akal Budi 49 - Sosialisasi
Tuesday, October 31, 2006
Akal Budi 48 - Tuhan merahmati Malaysia
Pada saat-saat seperti sekarang ini, kebenaran dan kesalahan dilihat tidak mempunyai titik perbezaan yang sangat jelas, kecuali kalau hati sememangnya mahu mendapatkan sama ada kebenaran atau kesalahan itu, seperti kata Jalaludin Al-Rumi,
There is a field beyond all notions of right and wrong. Come, meet me there.”
Monday, October 30, 2006
Akal Budi 47 - Mengundang memori
Thursday, October 19, 2006
Akal Budi 46 - Sahabat Lama
Akal Budi 45 - Nikmat
Tuesday, October 17, 2006
Akal Budi 44 - Ranking of Universities
Monday, October 16, 2006
Akal Budi 43 - Curiga
Akal Budi 42 - Mengenai Pekerjaan
Thursday, October 12, 2006
Akal Budi 41 - Dr Lim Teck Ghee
Wednesday, October 11, 2006
Akal Budi 40 - ASLI
Akal Budi 39 - Hedonisme
Monday, October 09, 2006
Akal Budi 38 - Budaya Akademik
Friday, October 06, 2006
Akal Budi 37 - Mandat rakyat
Satu daripada soalan yang dikemukakan adalah kurang lebih, sama ada Pak Lah bersedia untuk melaksanakan pilihanraya umum lebih awal. Apabila ditanya oleh Pak Lah, "Untuk apa?", jurnalis berkenaan menjawab, "Untuk mendapat mandat?"
Soalan seperti itu mungkin amat melukakan hati perdana menteri. Saya fikir seperti ada riak-riak kejutan dan kesedihan yang terpamer di wajah perdana menteri waktu itu. Sama ada soalan seperti itu beretika atau apa, saya tidak pasti. Cuma tertanya-tanya bagaimana agaknya sentimen umum di kalangan para jurnalis mengenai hal itu kerana ia menyangkut juga soal-soal keikhlasan hati dan kesantunan dalam mencari reaksi dan berita, terutamanya daripada perdana menteri, ketua kerajaan.
Thursday, October 05, 2006
Akal Budi 36 - Negara Maju
Wednesday, October 04, 2006
Akal Budi 35 - LKY
Tuesday, October 03, 2006
Akal Budi 34 - Melayu 2020
Monday, October 02, 2006
Akal Budi 33 - Pemilihan UMNO
Akal Budi 32 - Mentadbir Bandar
Sambil menantikan maklumat yang lebih banyak berkenaan terma-terma rujukan bidang tugas LKEB itu, saya fikir LKEB tentunya memerlukan sokongan dan kerjasama baik daripada agensi-agensi lain yang turut mengongsi matlamat yang kurang lebih sama dengan LKEB, terutamanya mungkin Dewan-Dewan Perniagaan Melayu.
Thursday, September 28, 2006
Akal Budi 31 - Samuel P. Huntington
Akal Budi 30 - Sejarah Pulau Pinang
Tuesday, September 26, 2006
Akal Budi 29 - Singa Pura
Monday, September 25, 2006
Akal Budi 28 - Lee Kuan Yew
Thursday, September 21, 2006
Akal Budi 27 - Mengenai Kudeta (coup d 'etat)
Monday, September 18, 2006
Akal Budi 26 - Kedurjanaan G.W. Bush
Kedurjanaan Presiden atau Perdana Menteri atau apa-apapun gelaran jawatan Ketua Pegawai Tadbir sesebuah negara telah diketahui dengan cukup banyak. Terbaru, mengenai Bush selama beliau berkuasa. Dalam bahan bacaan premiership studies saya juga ada menyenaraikan pandangan Amerika Syarikat mengenai peranan Presiden negara tersebut. Untuk lebih mengenali perwatakan Presiden, sila cari peluang untuk menyaksikan sendiri 'Fahrenheit 9/11' filem dokumentari arahan Moore. Saya fikir, ini adalah filem dokumentari politik terbaik yang menyingkap kedurjanaan seorang presiden. Dalam pada itu, sila lihat posting terkini di blog http://nasrudinuitm.blogspot.com/ untuk maklumat mengenai peranan dan kedudukan seorang perdana menteri. Ini berkaitan kenyataan media Perdana Menteri bahawa beliau 'tidak hilang kawalan'.
Akal Budi 25 - Hanyut & Anomy
Wednesday, September 13, 2006
Akal Budi 24 - Realiti Politik
Pandangan saya jelas dan mudah: Ada kekeliruan - sama ada dirancang atau tidak - di kalangan ahli-ahli politik Bahagian Kubang Pasu mengenai konsep kepemimpinan. Kekeliruan itu sama ada dari segi mengutamakan hutang budi ataupun mengharapkan keuntungan yang lebih lagi daripada kuasa politik. Tidak mengira apapun alasannya, apa yang jelas, mereka - ahli-ahli politik Kubang Pasu - lebih memalukan diri mereka dan bahagian Kubang Pasu sendiri dalam hal tersebut. Saya tidak pasti berapa lamakah akibat malu itu - dalam bentuk parut dan trauma menyingkirkan Tun - akan ditanggung oleh mereka dan nama "Kubang Pasu". Nampaknya penyakit sumpahan 7 keturunan Langkawi yang dibebaskan oleh Tun akan dideritai oleh Bahagian Kubang Pasu.
Monday, September 11, 2006
Akal Budi 23 - Shah Alam banjir lagi & Bahasa Politik
Sabtu lalu, 9 September 2006, kejadian banjir berlaku lagi di kawasan Shah Alam. Kampung Kebun Bunga, lebuhraya berdekatan Batu Tiga dan beberapa kawasan termasuk sebahagian TTDI Jaya ditenggelami air. Pada 26 Februari 2006 lalu - kira-kira 7 bulan lepas - banjir besar sudahpun melanda Shah Alam. Kawasan-kawasan tersebut mengalami kemusnahan teruk dari segi material dan moral. Lalu ketika itu Menteri Besar Selangor memberi kata dua, kurang lebih, "Hendak pampasan atau projek pembangunan untuk mengelakkan banjir?" kepada penduduk, khususnya penduduk TTDI Jaya. lalu, penduduk-penduduk TTDI Jaya berasa amat jauh hati dengan kenyataan tersebut dan mengambil pendirian untuk tidak mengadu hal kepada Menteri Besar lagi. Penjelasannya tentu tetap sama: "Ini adalah kuasa Allah swt kerana hujan lebat yang diturunkan menyebabkan sungai tidak mampu menampung kuantiti air." Thursday, September 07, 2006
Akal Budi 22 - Mengenai Kuasa & budibicara
Monday, September 04, 2006
Akal Budi 21 - Reaksi & Pandangan
1. Reaksi terhadap sistem penyampaian awam.
2. Lagi reaksi terhadap penyampaian khidmat awam.
3. Reaksi terhadap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai moral.
4. Reaksi terhadap pentadbiran pembangunan di Negeri Selangor.
5. Pandangan mengenai salah laku remaja.
6. Pandangan mengenai globalisasi.
Akal Budi 20 - Bacaan Akademik
Selain itu, blog-blog yang turut mendapat perhatian ramai adalah blog yang memaparkan isu-isu politik semasa, seperti kewibawaan Perdana Menteri dan Kabinet. Banyak soal-jawab berlaku di blog seumpama itu sehingga membimbangkan Kerajaan kerana dikhuatiri menyebarkan fitnah. Jika di Amerika Syarikat, keadaannya lebih dahsyat. Bukan sahaja blog yang menjadi platform, malah buku-buku bercetak juga secara terang-terangan dan berani ditulis secara terbuka begitu sahaja. Sebagai contoh, baca misalnya buku "The Professors: The 101 Most Dangerous Academics in America" tulisan David Horowitz (2006).
Apapun, saya fikir, kata-kata Saidina Ali mungkin wajar direnung lama-lama:
“Ask in order to understand, and do not ask in order to find fault, for surely the ignorant man who wants to learn resembles a man of knowledge, and surely a man of knowledge who wants to be difficult resembles an ignorant man who wants to find fault.” (Hazrat Ali bin Abu Talib)
Friday, September 01, 2006
Akal Budi 19 - Sejarah
Seperti biasa, Khoo Kay Kim cukup konsisten dengan pandangan beliau mengenai sejarah, sekaligus memberikan beliau kelebihan dari segi kewajaran dan ketokohan memberi pandangan yang sarat dengan maklumat. Sukar sekali untuk tidak menyetujui kebanyakan pandangan beliau.
Saya membuat kesimpulan: "Sejarah sentiasa menduga kebijaksanaan manusia membuat pertimbangan ".
Thursday, August 31, 2006
Akal Budi 18 - Mengenai Kesamarataan
Saya menanti reaksi ahli-ahli politik - atau mungkin Perdana Menteri sendiri - mengenai perasaan Tunku Abdul Aziz itu. (Nota: Sekarang ini beliau mengepalai kerja-kerja menasihat berkaitan "Ethics" di Pertubuhan besar yang berjiwa kerdil dan berkudrat sekelumit itu).
Wednesday, August 30, 2006
Akal Budi 17 - Catatan
Saya terfikir sejenak. Namun cukup dalam.
Akal Budi 16 - Mengenai Karisme
Kepadanya saya sekadar menjawab, "Karisme itu ada banyak seginya. Mahu dilihat dari segi yang mana?"
Soal balas saya tidak dijawab. Dia tentunya memikir sesuatu.
Tuesday, August 29, 2006
Akal Budi 15 - Menulis
Saya menjawab, "Boleh. Namun kita mesti mempertanggungjawab atas segala yang kita tulis."
Menulis memang mudah. Apa lagi jika ianya berkaitan dengan diri kita sendiri. Mungkin kita berasa bahawa kita mempunyai autoriti yang tidak terbatas apabila mahu memperkata sesuatu mengenai diri kita sendiri, atau mengenai keluarga atau apa sahaja yang kita ingin orang lain tahu mengenai semuanya yang kita tuliskan itu.
Namun kepada soalan itu, saya sekadar menjawab, "Berhati-hatilah dengan perangkap keegoan tidak terkawal manusia. Dalam keadaan mereka yang disifatkan hampir sempurna kerana mereka adalah sebaik-baik kejadian Allah swt, manusia sering terlupa bahawa pandangan bukanlah hanya pada kedua-mata mata sahaja. Gunakanlah, sekiranya diizinkan Tuhan, mata hati yang jauh lebih memahami erti akal dan budi. Memang senang untuk hati berasa puas dan bebas apabila kita sudah meluahkan segala yang terbuku dan mendendam selama ini. Lalu kita hamburkan semahu kita apa sahaja yang dirasa wajar. Terlebih malang, kita selitkan segala unsur sindiran dan kata celaan secara sinikal di mana-mana semata-mata kerana kita mahu berpuas rasa dan nafsu.
Namun, sebelum lebih jauh kita berjalan dalam pemikiran kita sendiri, tanyakanlah soalan ini: "Apakah yang engkau akan lakukan sekiranya kelak terbukti apa yang engkau luahkan itu, yang selama ini engkau sangka dan yakin betul dan benar, tiba-tiba menjadi sebaliknya? Bagaimanakah engkau akan mempertanggungjawab segala yang engkau hamburkan itu melalui penulisan dapat diampunkan Allah swt akan perbuatan engkau yang cuma sia-sia dan tiada faedahnya untuk kesejahteraan manusia?"
Soalnya, janganlah terlalu percaya dan yakin dengan mata kerana mata yang celik tidak semestinya engkau akan melihat semua perkara; mulut yang manis tidak semestinya sentiasa membetulkan percakapan; tangan yang sihat dan cergas menulis tidak semestinya digerakkan oleh hati yang putih bersih. Maka bertanggungjawablah. Setiap apa yang Tuhan anugerahi ke atas engkau, akan ada sesuatu atau lebih yang diambilnya semula sebagai pertukaran yang adil dan wajar.
Thursday, August 17, 2006
Akal Budi 14 - Menjulang Usia!
Penghujung tahun ini tidak berapa lama lagi, universiti besar ini akan menyambut ulangtahun ke 50. Sehingga hari ini, rupa-rupanya sudah 10 Ketua Pentadbir datang dan pergi di universiti ini. Bagaimana agaknya rupa dan keadaan generasi kita?Kukuh lagikah falsafah kemerdekaan kita? Sepertimana Ali Baki menjulang parangnya berseorangan tatkala menentang serangan komunis dalam peristiwa Bukit Kepong? Atau seperti Mat Indera yang payah ditundukkan penjajah melainkan anak bangsanya sendiri yang menggunakan tipu muslihat untuk menghabiskan riwayatnya melalui peluru perak? Atau seperti Tok Janggut yang digantung kakinya ke atas oleh penjajah di Kelantan? Atau seperti Tunku Abdul Rahman yang berkeras dan bertegas menundukkan Chin Peng dan Rashid Maidin ketika berunding di sekolah rendah di Baling?
Akal Budi 13 - Adab
Dalam konteks hari ini, bagaimana agaknya pemakaian pengertian "Q" itu? Adakah sama antara "Q" dan "Adab"?
Tuesday, August 15, 2006
Akal Budi 12 - Kakyang
Kakyang mempunyai seribu satu sebab dan alasan untuk membenarkan apa-apa sahaja yang difikirkannya, kerana seseorang itu tidak akan melakukan lebih daripada sekadar berdiam diri. Selamat petang Kakyang.
Akal Budi 11 - Mesej
Menyoal dan memberi jawaban adalah dua perkara yang berbeza. Ketika menyoal digunakan untuk mengetahui sesuatu, memberi jawaban pula lebih bertujuan untuk memaklumkan sesuatu. Tanpa prasangka, jawaban akan tetap tinggal jawaban manakala soalan tidak semestinya terjawab.
Monday, August 14, 2006
Akal Budi X - Kecerdikan
Anak lelaki sulung Nasrudin sedang tercari-cari bakal isteri.
"Kualiti orang yang macam mana engkau cari?" soal Nasrudin.
"Cerdik dan bijak, bukannya cantik dan lawa", balas anak muda itu.
"kalau macam itu', kata Mullah.
"Saya ada cara yang terbaik untuk mencarinya," sambung Syeikh itu.
"Mari kita pergi cari di kota," pelawa Syeikh.
Sesampainya mereka di kota, secara tiba-tiba Syeikh menengking anaknya itu, "Bodoh! kenapa asyik ikut saja apa yang disuruh?"
"Jangan buat dia macam itu di tengah ramai ini. Memalukan dia! Bukankah dia anak yang baik dan soleh?" Jerit seorang gadis.
"Ini gadis yang terbaik buat saya, ayah", kata anak muda itu, yakin.
"Tunggu. Adalah lebih baik kalau boleh buat pilihan lagi", cadang Syeikh.
"Mari", ajak Syeikh lagi. Lalu mereka terus berjalan di kota.
Syeikh mengulang apa yang dilakukan sebelum ini, menengking anaknya di tengah ramai. Kali ini seorang gadis mula menyorak keriaan.
"Bagus! Bagus! Pukul dia. Hanya orang bodoh yang menurut secara membuta tuli!", jerit gadis itu.
"Anakku", bisik syeikh, "nampaknya kita dah jumpa!"
Akal Budi XI - Yakin
"Yakin adalah untuk melihat yang tidak tersurat; untuk mempercaya sesuatu yang mustahil; dan untuk menzahirkan apa yang tidak terlihat."
Bila dia menyebut 'tewas', berfikirlah tentang 'kemenangan'. Andainya dia menyebut 'kecundang'; fikirlah tentang 'kejayaan'.
Akal Budi VIII - Kejayaan & Kemenangan
"Janganlah mabuk oleh kejayaan; ia tidak pernah berpenghujung. Janganlah pula kecundang oleh kegagalan; ia tidak pernah mematikan."
"Do not be intoxicated by success; it is never final. Do not be defeated by failure.; it is never fatal."
Akal Budi VII - Mimpi
"If you can dream & and not make dreams your master. If you can think and not make thoughts your aim." (Ruyard Kipling)
Terjemahan, kurang lebih;
"Jika anda bermimpi, janganlah anda menjadi hamba kepadanya. Jika anda memikir, janganlah anda menjadi taksub kepadanya."
Akal Budi VI - Baca
Akal Budi V - Sabar
"Ombak berkecai, namun pantai tetap setia menadah nasib."
Akal Budi IV - Melihat
"Mata umpama cermin. Ia hanya menayangkan apa yang ingin dilihat."
Akal Budi III - Mengenai Kawan & Sahabat
"Kawan melihat yang tersurat; Sahabat merenung yang tersirat."
Akal Budi II - Kebenaran
"Kebenaran adalah pedang Allah SWT: Apa sahaja yang dihirisnya, pasti melukakan."
Thursday, August 03, 2006
Akal Budi 1 - Cahaya
Kenapa cahaya? Kerana cahaya ada banyak peringkat. Ya, seperti juga sifatnya yang mempunyai pelbagai warna dan kekuatan habanya. Makna cahaya tidak semudah itu orang upaya mentafsirkannya. Adakah cahaya hanya suatu bentuk menisfestasi atau jelmaan yang dipandang mata, semata-mata? Adakah setiap orang mempunyai pandangan yang sama terhadap cahaya yang sama? Bagi orang dewasa, cahaya mungkin sesuatu yang terang. Namun bagi anak kecil, cahaya mungkin hanya ada apabila adanya 'api'. Adakah ia menjadi begitu kerana deria? sekejap ia dilihat seperti realiti, namun seketika yang lain ia berubah pula menjadi realiti.
Fikirkan.
Salam
Anjung Akal Budi juga adalah satu bentuk 'salam'. Dari akar kata Arab, salam boleh menunjukkan 'aman, selamat atau sejahtera'. Anjung ini bermula sekarang ini, Ogos 2006. Tujuan Anjung ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pembaca-pembaca yang berpotensi. Saya menjangkakan Anjung ini akan dikunjungi oleh para pelajar langsung saya pada masa kini, yang sekarang ini berada di bawah penyeliaan dan pengajaran saya di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam.
Anjung ini akan diisi dengan penyampaian isu-isu yang pelbagai, khususnya yang bersangkutan dengan kefalsafahan dan simbolisme mengenai kehidupan semasa. Justeru sifatnya yang tidak dibatasi oleh disiplin akademik yang ketat dan mencengkam, Anjung ini akan memaparkan antara lain soal-soal yang bertemakan psikologi, politik, falsafah, kebudayaan, kesenian, akademik, adat-istiadat dan seumpamanya.
Sekiranya pembaca mahukan soal yang lebih kepada jurusan adakemik, sila cuba lawati blog lain yang juga saya senggarakan setiap hari, klik sahaja di sini.
Salam.
